
Pagi tadi skolah aku wat sambutan hari guru, so acara pepagi ni ialah mini sukaneka! Jadi bepeluh le aku menerai mcm2 acara. Ada acara memasukkan pundi kacang ke bakul,gelung getah,mini b.jaring dan juga mini boling. Walaupun sekadar bersuka-suka, ada gak aku nampak cekgu2 pempuan bukan main semangat lagi.. Hahaha, payah aku nak nyelit2! Selepas waktu rehat kami sambung pula ngan acara di dewan.. Nyanyian lagu guru,pembacaan ikrar dan sebagai.. Last2 skali, murid diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada guru2 favourite deme.. Aku pon dapat gak hadiah, leh tahan banyaknyea.. Bila banding2kan masa aku mengajar di SK BT 14, murid-murid di sana (murid asli) juga memberikan hadiah tetapi kebanyakkannya memberikan hasil bumi! Dapatla aku pucuk ubi,pucuk paku,nenas bukit(memang juici) dan hasil-hasil kraftangan yang lain.. Itu dolo, sekarang mgkin dah lain kot! Sebenarnya, acara sebegini dapat merapatkan perhubungan diantara staff juga, bayangkan daripada GB sampai le PK2 skolah aku turut sama!
0 comments